Saturday, March 31, 2012

PUFF INTI KARI DAN DAGING CENDAWAN

Salam sume,

Tadi masa upload N3 Kek Marble Optima lupa nak dedicate ucapan TQVM ni .....

"Akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembeli yang telah sudi membeli sambil menderma semasa program Jumble Sale semalam. Alhamdullillah, kuih apam pelangi habis terjual. Rata-rata kata apam tu sedap. Jadi kepada yang nak mencuba, jangan ragu-ragu, silalah mulakan langkah untuk mencuba!"

Selain kuih muih, ada juga nasi lemak, kerepek pisang tanduk, biskut, coklat, roti, air kotak, taufu fa, beraneka jenis buah-buahan dan barangan terpakai serta majalah. Sebab pagi sebelum masuk ofis akak dah breakfast ngan pak we akak, so akak beli buah, kerepek dan karipap. Tak banyak, sedikit tetap menyumbang! Sambutan baik dan kalau ada masa elok repeat program jualan ni. Akak tukang beli jer .....

Ok, sebelum masuk beradu, kat sini nak share menu yang biase-biase jer, pun dah biasa buat, cuma yang ni akak buat sebab ada perjumpaan keluarga, sama macam buat kek marble optima tu .... Cuma kali ni akak kelim tepi pastry tu macam karipap. Inti pulak pasal memang dah sedia ada kat esbok, jadi cuma tinggal nak mengelim jer, lagi mudah dan cepat. kebetulan ada 2 perisa inti --- kari kentang dan daging cendawan, tapi untuk inti tu bolehlah guna inti ikut citarasa masing-masing.  Ok, jom kita tengok resepi ulang tayang ni .....

PUFF INTI KARI DAN DAGING CENDAWAN
  • Pastry jenama KAWAN --- 4 x 4
  • Telur
  • Bijan
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak untuk mengeris loyang
Inti kari kentang :-
  • 7 biji kentang - potong dadu
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - direndam dan tumbuk halus
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu kecil halia kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • Lada hitam kisar
  • Garam'
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
  • Kalau suka, boleh masukkan 2 biji bawang besar dipotong dadu.
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan bawang dadu, ikan bilis, kacau dan masukkan pes rempah kari. Masak hingga wangi dan garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata dan masukkan sedikit gula.
  • Masukkan kentang dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Kacau rata  dan masukkan serbuk lada hitam, kacau rata dan masak hingga kentang empuk. 
  • Angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti.
Inti Dading Cendawan
  • 7 biji kentang - potong dadu
  • 300 gm daging cincang - cuci dan toskan
  • 1 tin cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam kisar atau serbuk lada sulah
  • 1 mangkuk kecil hirisan daun sup dan daun bawang
  • Garam'
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji bawang besar atau bawang holland dipotong dadu.
 Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar dan bawang dadu hingga wangi.
  • Masukkan daging cincang, sos tiram dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata .
  • Masukkan kentang dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Kacau rata  dan masukkan serbuk lada hitam atau lada sulah, cendawan butang, daun sup serta daun bawang kacau rata dan masak hingga kentang empuk. 
  • Angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti.
Penyediaan puff :-
  • Panaskan oven 15 minit sebelum dibakar.
  • Ambil sekeping pastry, gunakan roller untuk leperkan sedikit pastry.
  • Bubuh inti, dan tangkup pastry menjadi bentuk segi empat tepat. 
  • Tekan bahagian keliling untuk memudahkan untuk mengelim bahagian tepi pastry.
  • Susun pastry yang telah siap ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak. 
  • Gunting bahagian tengah untuk menghasilkan corak pada puff.
  • Sapu telur di bahagian atas pastry, tabur dengan bijan dan serbuk lada hitam.
  • Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing.
Nampak panjang berjela kan, tapi sebenornye sonang ajer .....

 -InaChomel-

No comments:

Post a Comment