Monday, August 22, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG

Salam sume,

Haa .... seperti yang dijanjikan, ini dia lauk untuk nasi lemak tadi ..... Sambal Tumis Udang! Kalau makan nasi Lemak di Johor, style orang Johor masak sambal tumis mesti ada rasa pedas, masam dan manis! Tapi kalau makan kat Melaka, tak de buh gula, pedas giler ngko! Akak kalau balik kampung hubby kat Melaka, memang surrender makan sambal tumis dia orang, boleh membawa kepada sukan riadah telematch rebut tandas!!!

Sambal tumis, terpulang pada selera masing-masing. Boleh letak ikan bilis, udang, sotong, kerang, kupang dan sebagainye. Memadangkan masa dan kederat yang terhad, maka yang mudahnye, akak masakkan sambal tumis udang jer. Bebudak pun senang nak makan!

Maklumlah, beli udang ari Jumaat petang, tak sempat nak rewang2 cari bende lain, tu pun dah di kira ok sesangat! Kalau masak sambal ikan bilis, bebudak ni terkulat2 nak makan! Ok, jom kita capai kuali dan sudip, kita race siapa cepat masak dan siap dulu ..... mohhh!!!

SAMBAL TUMIS UDANG
  • 1 kg udang saiz sederhana
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 10-12 sudu besar lada kering kisar
  • 1 labu bawang besar, potong bulat kasar2
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Bahan kisar ini terlebih dahulu digaul bersama belacan dan serbuk kunyit.
  • Bila dah garing dan wangi, baru masukkan air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan udang dan bawang mayang, biar seketika, kecilkan api.
  • Angkat dan hidangkan.

Senang kan, jom masak petang ni!

- InaChomel -

No comments:

Post a Comment