Friday, August 19, 2011

NASI GORENG KAMPUNG

Salam sejahtera dan selamat pagi,

Hai sume, senyum je yea! Hari mulia bagi penghulu segala hari, ari Jumaat yang berbahagia ini ramai yang tersenyum lebar .... Yelah, ari ni gaji & bonus untuk penjawat awam dah keluar! Wah ..... esok & lusa mesti shopping complex sesak dengan orang ramai yang nak membeli-belah untuk persiapan raya! Allhamdullillah, akak dah settle dah barangan raya untuk anak-anak dan suami. Cuma tinggal baju akak aje yang masih di tangan tailor! Minggu depan baru nak gi follow-up, ntah siap ntah tidak. Mudah-mudahan siap lah hendaknye, kalau tak .... pakai kaftan jer ler raya ni .... ye ler ... tu aje baju ready made yang akak muat pakai! Al maklumlah, kita ni saiz badan yang berlambak di pasaran tapi saiz baju susah nak cari!!!

Semalam berbuka apa ye? Akak n hubby dah tak tau nak masak n makan apa, sudahnye dia suruh goreng nasi! Cun jugak tu! Jadi semalam menu berbuka kami adalah Nasi Goreng Kampung dan kuih muih yang akak beli di gerai tepi jalan di kawasan perumahan kami. Selang beberapa minit sebelum berbuka, jiran sebelah menghulur sedulang laksa penang! Alhamdullillah, rezeki ramadan memang tak pernah putus kat umah akak, kalau tak jiran, mak yang bungkuskan makanan untuk kami sekeluarga. Itulah salah satu fadhilat di bulan ramadan yang kita kadang2 terlepas pandang. Dah 2 mangku jiran kat umah ni, apa lak nak dibalaskan mangkuk orang ni ..... tengoklah, esok kalau rajin boleh buat nasi lemak! Beras basmati pun masih ada lagi, simpan lama nanti berkutu lah pulak!

Ok, meh cite lak pasal nasi goreng ni. Iman suke nasi goreng, tapi pasal semalam ada laksa penang, makanye dia pun tak pernah makan laksa penang, selalu makan laksa johor jer, jadik semalam dia macam excited sangat nak merasanye. So nasi goreng tak bertambah, cuma masa sahur tadi akak panaskan semula nasi goreng tu, bertambah2 dia makan. Keyyy lah, jangan buang masa, meh intai resepi yang sume orang dah biase buat, tapi akak paparkan untuk yang baru nak mencuba! Cuba dikk tak rugi .... ngko jugak yang kenyang!

NASI GORENG KAMPUNG
  • 4 cawan beras (cawan plastik sukatan rice cooker) - masak hingga menjadi nasi yang berderai, jangan lembik!
  • 5 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - rendam sekejap, toskan
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar2
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan
  • Tumbuk kasar-kasar lada merah, hijau, ikan bilis dan bawang besar mayang.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih kisar dan bawang merah kisar.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar tadi dan goreng hingga garing dan wangi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan telur dan biar telur mengeras sikit baru dikacau rata.
  • Masukkan nasi, kacau rata-rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan. Jika suka pedas, boleh ditambah dengan cili padi.

Selamat mencuba ye .... orang tua-tua kata, kalau ngidam nasi goreng, kena masak jugak, takut kempunan!

- InaChomel -

No comments:

Post a Comment