Monday, August 22, 2011

NASI LEMAK

Salam sume,

Hai .... minggu mood raya ni dah mengubah mood di ofis ni! Lagu raya dah berkumandang sana sini ..... Rata-rata staf dah sibuk berbual kisah kuih raya, shopping raya, cuti raya, dan bende2 lain berkaitan raya ......

Anak-anak pun dah sibuk menghitung hari bila nak sambut raya. Kuih raya tempahan pun dah berduyun-duyun sampai kat meja akak ni! Akak cuma tempah kuih goreng2 aje, biskut akak buat sendiri! Tapi tulah, macam nak patah pinggang ni dua hari mengadun biskut raya! Rasa macam nak beli aje pun ada, tapi bila fikir baik, tak thrill ler raya kalau tak bersungguh2 buat persiapannye walau pun badan kita ni penat gilerr ....

Minggu ni akak keje sampai ari Khamis jer. Jumaat tu purposely akak cuti rehat sebab nak kemas rumah. Tapi dalam agenda kak ni, ada 2 jenis biskut lagi yang belum beres lagi nihhh!!! Maybe Sabtu akan datang ni akak kasi wrap-up aktiviti membiskut ni!!! Kalu tak sampai raya ler dapur tu berkecah tak sempat2 nak kemas! Cewahhh!!! Kemas dapur setahun sekali pun nak bising!

Ok lah, seperti yang dijanjikan, hari Sabtu lepas akak masak Nasi Lemak. Nak pulang pinggan mangkuk jiran sebelah yang dah bersusun kat dapur tu! Asyik terima dari orang jer .... segan lak tak dibalas pinggan yang kosong tu! Sudahnye ... 2 hari berturut2 berhempas pulas kat dapur .... Ok lah, meh kita tengok resepi ni .... senang jer .... tapi kasi satu pantun yang ada kaitan ngan nasi lemak boleh ????

Nasi Lemak Buah Bidara
Daun Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak, Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan.....

Boleh? Pantun ni zaman dulu-dulu boleh ler dipakai, zaman sekarang ni, pantun lebih banyak bawak musibah dari yang baik, mana tak nye .... remaja zaman sekarang ni terlampau mengikutkan hati, rosak diri sendiri pun mereka tak boleh nak fikirkan. Kadang-kadang kesian melihat moral anak-anak zaman sekarang! Susah payah mak bapak didik jadi insan berguna, akhirnye kerana menurut kata hati, badan rosak binasa, masa depan entah ke mana! Akak ni dengan anak-anak memang garang dan serius, tapi bukannye tak suka, cuma nakkan anak-anak tahu menghormati orang tua dan membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Mudah-mudahan anak-anak kita mendapat perlindungan Allah dan diberi petunjuk! InsyaAllah ....

Okler, dah melaltut ke lain pulak, jom masuk dapur .....

NASI LEMAK
  • 7 cawan beras basmati (Faiza Basmati Kashmir)
  • 9 cawan santan
  • 3 batang serai - dititik
  • 5 helai daun pandan - siat dan simpulkan
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Sedikit halia di mayang halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan
  • Cuci bersih beras dan toskan.
  • Masukkan beras dalam periuk nasi (akak guna periuk rice cooker bahagian dalam)
  • Masukkan semua bahan dan gaul rata.
  • Laetakkan periuk atas dapur dan masak nasi menggunakan api yang sederhana besar.
  • Apabila santan hampir kering, gaul sedikit nasi dan kecilkan api. Pada ketika ini, alas periuk dengan tudung periuk supaya nasi tidak mudah hangus. Tutup periuk dengan tudung periuk dan tindihkan dengan pemberat seperti batu lesung supaya wap nasi tidak keluar dan nasi masak dengan sempurna.
  • Bila dah masak, padamkan api dan gaul nasi. Untuk dapatkkan nasi yang sentiasa panas, alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan pastikan lampu rice cooker sentiasa pada keadaan warm.
Bahan sampingan : Kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, telur rebus, timun, sayur campur dan yang wajib adalah sambal tumis. Untuk sambal tumis, akak akan pos jap lagi keyyy ....

Ini cara akak memasak, macam cara orang dulu-dulu sket. Kalau nak senang boleh jer lebur semua dalam rice cooker dan tekan button on hingga masak. Sekian selamat mencuba!

- InaChomel -

2 comments:

  1. tgk nasi lemak akak..trus lapor...nak msk nasi lemak gak la....

    ReplyDelete
  2. masak ler intai oii, suami mesti senyum tengok isteri masak, yang penting air tangan isteri yang masak tu bukan beli kat bazar ramadan. biasanye suami lebih menghargai masakan isteri berbanding orang lain, dari situlah sayangnya semakin mendalam! cewah ......

    ReplyDelete