Monday, August 22, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG

Salam,

Untuk memvariasikan jenis sambal, akak publish gak lauk ni ... Sambal Tumis Sotong.

Lauk ni akak masak sehari sebelum masak nasi lemak.

Asanye lebih kurang sama, cuma kalau guna sotong, ada lebih baik dicelur dulu sotong dengan air panas supaya sambal tidak menjadi terlalu berkuah kerana sotong akan menghasilkan air bila dimasak.

Jadi apalagi, tepuk dada tanya selera, sotong boleh, udang pun boleh, pilih mana satu yang berkenan di hati ..... Kalau guna sotong kering lagi sedap, tapi akak tak de masa nak gi cari, lagipun kat JB ni mahal sket, kalau balik Melaka tu rajin gak akak gi ronda carik bende ni ....

Wokeh meh nengok resepinye ......

SAMBAL TUMIS SOTONG
  • 1 kg sotong - saiz besar @ sederhana
  • 10-12 sudu besar lada giling @ lada boh
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3-4 sudu besar bawang merah kisar*
  • Belacan - 1 inci atau sebesar ibu jari*
  • 1 sudu teh kunyit*
  • 1 labu bawang holland (kuning) potong bulat kasar2
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak

Cara penyediaan
  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam satu bekas. Pastikan belacan betul2 hancur dan rata dengan bahan2 lain. Ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan minyak, anggaran 4-5 sudu besar.
  • Tumiskan bahan2 yang telah disatukan tadi hingga naik bau dan garing. Masukkan lada giling dan masak lagi hingga pecah minyak dan warna lada kelihatan tua.
  • Masukkan air asam, garam, serbuk perasa dan gula. Mesti ada rasa pedas, masam dan manis sikit. Biarkan pekat sikit kuah yang ditumis tadi.
  • Masukkan sotong gaul rata. Masukkan hirisan bawang holland dan biar seketika. Jangan masak terlalu lama sebab sotong akan menghasilkan air dan sambal akan jadi terlalu cair.
- InaChomel -

No comments:

Post a Comment