Wednesday, August 24, 2011

MEE GORENG BASAH @ BERKUAH

Salam,

Seperti yang dijanjikan, akak muncul kembali dengan resepi semalam.

Since balik pun dah agak lewat, ditambah pulak dengan mood nak makan nasi pun tak berapa nak ada, jadik akak cadangkan kat hubby untuk goreng mee. Dia kata ok, jadik semalam akak singgah KIP Mart Tampoi beli keperluan memasak. Kat Giant Tampoi tu bukannye tak ada, tapi pasal nak cari bende lain gak kat KIP Mart tu, makanye kenalah jugak singgah!

Mee yang akak goreng ni tak de le banyak rencahnye, cuma letak fish cake n fish ball jer. Tapi kalau suke nak letakkan segala ternakan di dasar laut sana tu, dipersilakan, asalkan boleh dimakan sudah! Ni pun tanpa rencah yang banyak, selesai semangkuk besar bebudak ni belasah masa berbuka semalam!

Oklah, meh tengok resepi ... jangan cite banyak, banyak cite, banyak lak merabannye yang terpacul keluar dari jari-jemariku ini .... mohhhh masuk dapur!

MEE GORENG BASAH @ BERKUAH
  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
  • 2 biji tomato - belah 6
  • Taugeh
  • Sawi atau kucai
  • 2 biji telur - akak guna putih telur aje ... lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
  • Air atau stok air daging @ udang jika ada 
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
  • Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
  • Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
  • Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Selamat, selamat mencuba!

-InaChomel-



No comments:

Post a Comment

Post a Comment