Tuesday, January 10, 2012

ROJAK PETIS

Salam,

Hai .... dah lama tak menulis, ari ni macam banyak idea lak nak share ngan korang! Lagipun nak adjust semula mood yang dah lama berehat kat umah! Nak kasi segar dan refresh!

Tadi, akak baru dapat MMS dari Maxis .... rupa-rupanye, siput boleh tido selama 3 tahun! Wowww ... kalau manusia tido selama tempoh tu, mau bangun tido je dah siap dibungkus dan tido buat selamanye ..... fakta yang menarik! Kadang-kadang kita tak pernah ambil tahu tentang perkara macam ni, tapi kalau kita bagus dalam general knowledge, itu satu kelebihan untuk diri kita.

Ok, tak nak bebel panjang petang ni, just nak post satu resepi yang semua orang suke kat umah akak. Cuba buat untuk masakan sampingan selain dari menu utama. memang sedap, pembuka selera! Kalau buat kuah rojak ni lebih, boleh simpan lama dalam fridge, tak payah simpan dalam freezer, memadai di bahagian biasa aje ... cubalah, tak rugi punye .....

ROJAK PETIS

Sayuran
  • Timun
  • Sengkuang
  • Tauhu - digoreng garing
  • Taugeh - dicelur dan toskan
  • Kangkung - dipotong dan celur, kemudian toskan
  • Nenas
Kuah Rojak
  • 1 kg kacang tanah - digoreng, toskan dan kisar @ tumbuk kasar-kasar. Asingkan 1 cawan untuk ditabur pada hidangan.
  • 2 botol kecil petis udang
  • 1 bungkus cili padi merah - dikisar halus bersama kicap manis (sukatan kicap manis sekadar membolehkan cili padi boleh dikisar dengan halus sahaja)
  • Kicap manis
  • Bawang putih kisar - 2-3 sudu besar
  • Jus limau kasturi - 20-25 biji
  • Gula
Cara penyediaan :
  • Masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar ke dalam bekas yang sesuai untuk digaul.
  • Masukkan petis dan bawang putih kisar (jangan masukkan semua bawang putih ini, masukkan 1 @ 2 sudu dahulu, kalau kurang rasa, boleh ditambah).
  • Masukkan cili padi yang telah dikisar bersama kicap manis. JANGAN masukkan semua, masukkan sedikit-sedikit dahulu supaya rasa pedas kuah rojak dapat dikawal. Kalau kurang pedas, boleh tambah lagi. Lebihan kisaran lada padi dan kicap ini boleh disimpan dalam fridge untuk kegunaan lain seperti kuah cicah goreng pisang!
  • Kacau rata.
  • Masukkan kicap manis. Agak-agak, jangan terlalu cair kerana akan dimasukkan jus limau kasturi.
  • Masukkan jus limau kasturi dan gula. Apabila membancuh kuah rojak, kena pastikan rasa kuah rojak ada rasa pedas, masam dan manis. Yang mustahak, rasa petis udang tu mesti ADA. Kalau kurang petis udang, kuah rojak kurang sedap. 
  • Gaul rata. Boleh tambah mana-mana yang kurang seperti rasa pedas, rasa manis dan juga rasa masam. Kalau kurang rasa bawang putih, boleh tambah sedikit lagi, tapi jangan terlalu banyak sebab akan terbit rasa maung yang kurang enak untuk kuah rojak ini. Kuah rojak juga tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Kuah rojak yang terlalu cair apabila digaulkan dengan sayuran akan menghasilkan rojak petis yang kurang enak kerana air juga akan dihasilkan dari sayuran.
  • Satukan sayuran yang telah dipotong atau dihiris dalam mangkuk dan curahkan dengan kuah rojak mengikut citarasa. Kalau sukakan kuah yang banyak, boleh letakkan lebih. Akhir sekali, boleh taburkan dengan kacang tanah goreng untuk rasa lemak yang extra!
Pengalaman akak buah kuah rojak ni, mula2 dulu fail jugak, bila buat untuk kali kedua, dah dapat detect kat mana yang kurang. Biasanye akak akan standby extra limau kasturi dan juga petis udang jika terkurang apabila merasa kuah rojak ini. Selamat mencuba!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment