Tuesday, January 17, 2012

PUDING KASTARD & JELI MANGGA

Salam sume,

Sekejap aje dah tengahari ye .... kalau tengah busy, memang tak perasan masa berlalu dengan begitu cepat sekali.

Permulaan 2012 ni macam-macam dalam kepala ni fikir nak siapkan kerja yang dah lama tertangguh! Tetiba ofis akak lak nak apply konsep 5S. Aduhai .... kena cari masa untuk mengemas barang nih!!! Dah hampir 1 tahun pindah department, masih ada kotak yang tersimpul rapi, tak sempat nak kemas lagi!!!! Bila ler masa yang sesuai nak mengemas ni???? Macam kena masuk ofis jer hujung minggu ni, kalau nak harap masa kerja memang tak sempat punye .....

Nak amal konsep orang Jepun ni kena banyak sabar. Jangan seminggu dua aje meja nampak kemas, lepas ru balik asal semula! Mau pengsan dibuatnye, penat mengemas belum hilang, dah selerak semula .......

Biasalah, kisah pejabat ni kadang2 membosankan, tapi kadang2 membuatkan kita rajin dalam bab kemas-mengemas ni. Tapi nak betul khusyuk buat keje pun tak leh gak, kena jaga mood dan perasaan jugak sekarang ni!!!

Memasak salah satu alternatif akak bila boring! Bukannya rajin sangat, tapi bila memasak tu rasa puas. Puas sebab, walau pun penat, tapi perut kenyang dan dapat rasa masakan yang belum pernah kita rasa sebelum ni .... ni kalau try resepi baru ler ..... Tapi kali ni akak bukan nak share resepi baru, cuma dah lama tak buat puding kastard ni, jadi kebetulan nak pulangkan mangkuk jiran sebelah, maka akak pun buatlah puding ni .... meh kita tengok resepi ni .... mudah jer .....

PUDING KASTARD & JELI MANGGA

Puding :-
  • 2 cawan tepung kastrad - brand Bird's
  • 12 cawan bancuhan susu - bancuhan 1 1/2 tin susu pekat bersama air suam yang menjadikan sukatan 12 cawan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 ting koktel buah-buahan - hiasan

  • Masukkan tepung kastard dalam periuk dan bancuh sedikit demi sedikit dengan bancuhan susu suam.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masak hingga pekat (tekstur puding bila diceduk dengan senduk akan jatuh bertali). 
  • Sudukan puding ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
  • Bila telah hampir sejuk, masukkan acuan yang telah siap diisi dengan puding ke dalam peti sejuk.

Kuah puding :-
  • 3 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 4-5 tin sukatan air
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur - pukul sedikit
  • Gula - ikut suka, tapi jangan terlalu manis
  • Masukkan ke semua bahan kecuali gula dalam periuk dan masak atas api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan supaya susu kelihatan berbintik-bintik.
  • Masukkan gula ikut citarasa.
  • Masak hingga pekat sedikit dan mendidih.
  • Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Jelly mangga :-
  • 1 kotak jelly mangga - jenama Nona
  • 400 ml air
  • Masak campuran serbuk jelly dengan air hingga larut dan mendidih.
  • Tuang ke dalam acuan, biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara penyediaan :-
  • Masukkan puding dan jelly ke dalam mangkuk. 
  • Tuang kuah puding. 
  • Sudukan koktel buah-buahan sebagai hiasan sampingan.
  • Sedia untuk hidangan.

Makan bersama jelly akan menjadi rasa puding ini lebih sedap dan nyaman kerana akan ada rasa masam, manis dan kesejukkan jelly yang lembut ini memang enak. Selain perisa mangga, ada juga perisa oren, dan strawberi. Boleh pilih mana yang kita suka!

Cubalah ... pasti tak rugi! Anak akak sangat mengemari jelly dan puding ini dimakan bersama, katanya sedappppp .... Sememangnye puding sedap dimakan semasa sejuk pada keadaan cuaca yang panas sekarang ni .... nyaman sekali!!!

-InaChomel-

2 comments:

  1. Love this...sedap buat penyejuk tekak dalam cuaca panas ni..lama tak buat..boleh la try resipi ini

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Pat,

    Yes! You must try! Resepi ni saya dapat dari salah seorang sedara kami. Tekstur puding tu sangat lembut tapi tak lembik, just nice! Nak beri kredit kat penyumbang pun saya tak berapa kenal orangnye, resepi ni mak saya yang beri! Turun-temurun!

    ReplyDelete