Saturday, January 28, 2012

TAUGEH GORENG RAMPAI

Salam sejahtera dan selamat malam,

Hai ... dah lama bercuti kerja, berblog pun turut cuti jugak!!! Minggu ni akak cuti seminggu! Dua minggu bekerja akak mula rasa sakit belakang dan sakit pinggang. Dapat rehat seminggu rasa selesa sikit!

Cuti panjang sempena Gong Xi Fa Cai ni akak tak ke mana-mana pun! Balik kampung hubby pun cuma 1 hari aje, balik hari! Dah lama sangat kami tak balik! Nak tidur sehari dua kat kampung, kesihatan akak belum mengizinkan. Takut nanti ada yang kecik hati .... itu tak boleh, ini tak boleh! Jadi daripada terbongkar segalanya, biarlah kami sekeluarga sahaja yang tahu apa yang kurang .....

Hasrat nak ke KL pun tertunda sekali lagi! Kali ni pasal abah akak baru aje berjaya menjalani engiogram di HSA. Alhamdulillah .... semuanya berjalan lancar. Dua saluran ke jantung yang dahulunya tersumbat, kini dah kembali lega. Syukur kami ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kami sekeluarga untu terus menghargai nikmat yang diberikan kepada kami. Sehari sebelum Gong Xi Fa Cai, kami sekeluarga mengadakan kenduri doa selamat kecil-kecilan yang dihadiri ahli keluarga terdekat! Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga, juga buat rakan blogger yang lain juga ... Amin ...

Ok, kembali kepada kisah masak-masak pulak! Rasanya dah tak tau nak masak apa ... jadi bila tengok sayur taugeh kat KIP Mart kelmarin, terigin pulak nak masak sayur ni! Biasanya akak beli taugeh sama ada nak goreng mee atau mee hoon, atau nak buat rojak petis! Jarang sangat dibuat sayur goreng, sebabnye .... malas nak petik ekor taugeh! Nak makan pun malas .... teruknyeeee ..... tapi kali ni 'angin rajin' datang pulak! Tu yang masak taugeh goreng tuhhh!!!! Ok, penatkan baca akak membebel kat sini, jom tengok resepi yang senang banget ni .... makan ngan ikan goreng dan nasi panas-panas memang sodapppp!

TAUGEH GORENG
  • 500 gm taugeh - buang ekor, cuci dan toskan
  • 2 sudu besar udang kering - rendam sekejap, toskan dan tumbuk halus
  • 1 mangku kecil udang basah (optional) - akak tak letak pun
  • 1 batang lobak merah - potong lidi mancis
  • 1 biji bawang besar - mayang sederhana kasar
  • 1 batang lada merah - hiris serong
  • 1 batang lada hijau - hiris serong
  • 1 keping kek ikan - potong sederhana nipis
  • 1 sudu teh bawang putih kisar*
  • 2 sudu besar bawang merah kisar*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar bertanda * dan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan udang kering dan lada hiris, kacau rata dan biar hingga garing sedikit.
  • Masukkan udang basah, kek ikan, garam danserbuk perasa, kacau rata.
  • Masukkan lobak merah, biar seketika.
  • Akhir sekali masukkan taugeh, kacau rata dan padamkan api.
  • Angkat dan hidangkan.
Kalau suka boleh jugak di campur dengan daun kucai yang dipotong lebih kurang 1.5 inci panjang, dan tauhu yang dipotong kecil dan digoreng dahulu sebelum dicampur ke dalam sayur taugeh semasa menggoreng. Selamat mencuba ....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment