Macam mana cuaca hari ni? Fuhhh .... subuh tadi hujan lebat beserta kilat dan petir sekitar jam 4.30 pagi. Akak tersedar sebab terperanjat dengar bunyi petir dan cahaya kilat di tepi tingkap. Hampir tengahari baru hujan mula reda, dan sebelah petang lepas Zuhur baru ada cahaya matahari. Agaknye sekarang ni dah start musim hujan semula, sana sini cite banjir dah mula kedengaran!
Malam ni akak nak share resepi kek yang sangat mudah. Akak ronda dapur MamaHawaNani dari Singapore! Tapi mama buat guna perisa oren, akak ubah sket sebab sangat suka dengan gabungan perisa strawberi dan coklat! Hasilnye memang tak mengecewakan! Cuma, kek ni akak buat untuk tujuan jamuan keluarga, jadi akak gunakan casing cupcake! Senang nak dihidang dan nampak comel! Sebelum tu akak try resepi yang sama jugak, tapi akak guna pandan paste dan esen vanilla aje. Tetap tak mengecewakan rasanye! Jadi bila first round dah menjadi, akak bega-bega lak round yang berikutnye dengan perisa strawberi dan coklat! Bebudak suka! Dan, kek ni agak tahan lama. Setakat 5-6 hari masih ok lagi! Ok, akak CnP resepi ni dari blog mama, kalau nak lihat yang mama buat, silalah ke link yang akak dah sediakan pada sumber kek ini. Selamat mencuba, cuti-cuti ni elok gak try untuk minum petang, kalau tak abis boleh bawa gi ofis Isnin nanti!
KEK MARBLE OPTIMA
Sumber : MamaHawaNani
Bahan-bahan :
Loyang 10x7 inc./9x9 inc.
- 250 g mentega - dicairkan
- 6 biji telur - A
- 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
- 1 sk esen vanilla
- 2 sb serbuk koko - diayak (lebihkan jika suka)(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan + 1 sudu besar cocoa powder + 1 sudu besar chocolate emulco)
- 1 atau 2 lagi warna pilihan -(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan + 1 sudu kecil orange emulco +sedikit pewarna oren) - akak gunakan chocolate emulco dan chocolate paste, serta strawberry paste dan esen strawberry.
- Telur dan tepung dipukul hingga kembang
- Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
- Ambil 1/3 adunan dan campurkan serbuk koko.Lebihan adunan diwarnakan jika suka.
- Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
- Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.
Yang ni perisa pandan + vanilla.
Lebih cantik corak marble tu kalau guna loyang bulat atau loyang segiempat sama.
Masa buat kek ni, excited nak try loyang baru beli dari Ikea.
Corak tak berapa hensem, tapi rasanye sedap!
No comments:
Post a Comment