Hai! Dah beberapa hari tak dapat bersiaran! Agak sibuk dan sedikit penat menyebabkan akak tak sempat nak upload N3.
Actually dah ada beberapa gambar masakan yang akak snap, tapi tak menyempat! Kat ofis lak, ada jer bende nak disettlekan! Maklumlah, dah seminggu tinggalkan desk work!
Semalam pun akak kerja malam. Itu pun pada sebelah pagi akak dah terdatang ofis. Nasib baik seblum jam 8 pagi akak tersedar yang akak sepatutnya duty sebelah malam. Apa lagi, start enjin kereta terus balik rumah. Nasib baik jugalah jarak rumah ngan ofis takat 10 mint perjalanan ajer, kalau jauh, mau bertapa dari pagi sampai ke malam kat ofis yang sejuk giler macam lemari ais niiiihhh!!!!
Esok dah Jumaat, sekejap jer masa berlalu. Tak lama lagi dah nak sambut Ramadan dan Syawal semula! Lepas tu sibuk ngan kenduri kahwin sana sini! Tahun ni 2 orang cousin perempuan akak akan kahwing, 1 sebelum Raya & 1 lagi lepas Raya! Ooooo ...... meriah wehhhh!!!
Untuk N3 kali ni, just nak share resepi yang mudah, ikut apa yang ada dalam stok esbok kat umah ni. Akak goreng spagheti ni sebagai hidangan sarapan. Biasanye memang akan habis sebab bebudak akak berulang makan sehingga ke petang sambil tengok TV! Ok, meh ler tengok cara penyediaannye yang mudah ni .....
SPAGHETTI GORENG PEDAS
- 1 bungkus spaghetti - direbus hingga lembut, toskan dan gaul sedikit dengan minyak.
- 5 batang sosej - dipotong serong sederhana tebal
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 3 sudu besar bawang merah kisar
- 6-7 sudu besar lada kering kisar
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 biji tomato - dipotong lapan
- 1 biji bawang holland - dipotong dadu ---- lupa nak letak
- 3 batang crab stick - potong serong
- 1 batang carrot disagat sederhana halus
- 1 mangkuk kecil udang --- tak letak pun, kalau ada lagi sedap!
- Sedikit serbuk oregano
- Garam
- Serbuk perasa
- Gula
- Serbuk lada hitam
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan kisar dan bawang holland hingga wangi dan naik bau.
- Masukkan tomato sos, carrot dan tomato buah, kacau lagi hingga layu sayuran tadi.
- Masukkn sosej dan kacau seketika.
- Masukkan garam, serbuk perasa dan gula sedikit sahaja.
- Masukkan udang, kacau sekejap hingga kulit dan isi udang kemerahan.
- Masukkan spaghetti, kacau rata.
- Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kacau rata dan akhir sekali masukkan crabstick.
- Kacau rata dan angkat untuk hidangan.
Selamat mencuba. Lebih sedap lagi kalau dipadankan dengan ayam goreng tepung atau ayam panggang madu, slurrrppppppp .... sedapnye .............
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment