Dah beberapa hari tak bersua sejak kali terakhir upload N3 pasal kek belang coklat pink! Kisah kek yang berapa nak menjadi tu ......
Actually masa buat kek tu akak dalam keadaan runsing! Runsing sebab penyakit psoriasis akak datang semula 2 hari sebelum pergi KL. Nak ke klinik pakar kulit HSA hujung minggu klinik tak de!
So hari Isnin pagi sebelum bertolak ke KL, akak ke klinik kulit tanpa appointment sebab emergency case! Bimbang jangan cakap ler takut ke tahan masuk wad! Alhamdullillah, penyakit akak masih terkawal sebab akak masih makan ubat MTX. Itu yang menjadi punca bila buat kek tak berapa nak menjadi, sebab runsing, buat kerja pun tak tentu arah! Lepas balik dari klinik kulit, sekitar jam 11 pagi akak sekeluarga bersama mak dan abah bertolak ke KL.
Semalam kami sampai semula ke JB sekitar Maghrib! Semuanya lancar, samapai sakit-sakit kaki, bengkak kaki dan lutut dah mula meragam jugak! Mana taknye .... ke KLCC, Ikea, lepas tu ke Zoo Negara sebelum balik ke JB! Tapi akak tak fikir pasal penat! Sebab sakit akak ni tak boleh runsing sangat dan tertekan perasaan, nanti susah! So sekarang ni dah beransur pulih! Cuti rehat seminggu diganti dengan MC sebab doktor kasi rehat sampai Isnin depan! Isnin depan kena gi klinik semula untuk follow-up check up!
Hari ni akak sempat sediakan minum petang yang ringkas! Ringkas sebab akak memang dah ada standby inti dalam freezer! So akak cuma capai pastry dan isi inti, lepas tu bakar dalam oven! Resepi diambil dari dapur Mat Gebu. Kalau lawat dapar Mat, boleh lihat step-by-step macam mana Mat buat pie ni, senang bangettt !!!!! Ok, ini resepi copy and paste dari dapur Mat, silalah cuba dan lihat hasil tangan Mat yang memang cantik dan kemas.
CHICKEN PIE IN POT
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 150 gram daging ayam, cincang halus
- 1 biji bawang besar, dadu
- 2 ulas bawang putih*
- 1/3 inci halia*(*tumbuk halus)
- 1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
- 2 helai bay leaf
- 1/2 cawan susu sejat
- 1/4 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak zaitun untuk menumis
- 5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pada suhu bilik
- Kuning telur, untuk disapu
- Bijan untuk ditabur
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bau leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
- Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemas kan.
- Isi dengan no. 1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemas kan seperti dalam gambar. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan...
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment