Saturday, March 10, 2012

MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Salam dan selamat malam sume,

Wahhh ..... dah mula cuti sekolah bagi negeri-negeri yang mula cuti pada Sabtu. Anak-anak pasti dah sibuk tanya mana nak pergi cuti ni!

Soalan lazim buat ibubapa sekarang ni. Jadi sebelum cuti sekolah ibu bapa dah mula memikirkan lokasi yang sesuai untuk anak-anak! Kali ni akak rancang nak ke KL, ke rumah adik akak di Wangsa Maju. Dah lama kami merancang nak ke KL, tapi tertunda ekoran faktor kesihatan akak yang kurang sihat pada akhir tahun lepas dan abah pulak pada awal tahun menjalani engiogram di HSA. Doa kami semua Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami kali ini dan perjalanan kami sentiasa berada di dalam perlindunganNya .... aminnnnn ........ InsyaAllah .....

Hari ni ada sambutan Mulidur Rasul di masjid kawanan kejiranan kami. Macam-macam acara untuk anak-anak diadakan, antaranya pertandingan nasyid, azan, mewarna dan melukis. Turut diadakan pameran dari Jabatan Bomba, Rela dan jualan makanan kesihatan keluaran syarikat Muslim. Sebagai peningkatan tahap keselamatan di kejiranan kami, penduduk taman digalakkan menjadi ahli Rela! Sayangnye akak tak pergi pun sebab kaki akak yang tak boleh terlalu penat dan kesukaran untuk duduk di lantai. Hanya anak-anak dan pakwe akak jer yang pergi. Jadi akak masak lauk untuk malam ni dan juga mencuba kek ini yang nampak sungguh mengiurkan!!! Akak pun dah lama gak tak try buat kek coklat, so dengan sumber yang terhad, akak dapat cuba buat kek ni. Rasanye just nice, tak manis ..... akak tambah dengan coklat ganache sekadar nak try deco-deco atas kek ni! Kalau korang tak gemar kek yang manis, rasanye kek coklat ni memenuhi selera korang! Jom lihat resepi yang akak ambil dari dapur Mat Gebu, cuma ganace tu akak ambil dari blog lain, maafler kepada owner untuk resepi coklat ganace ni, akak lupe dari blog mana, resepi ingat dalam kepala aje sebab dulu pernah cuba buat! Anyway thanks for the lovely taste of chocolate ganache, not too sweet, sesuai dipadankan dengan rasa kek ni ..... Mohhhhhh kita tengok!!!

MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan serbuk koko (maaf..terlupa tulis semalam)*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 cawan gula perang @ soft brown sugar
  • 1/2 cawan minyak jagung (mat guna canola oil)
  • 1 1/4 cawan air dari peti sejuk
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh mocha flavor
  • Secubit garam
  • 1 camca teh cuka makan atau jus lemon (mat guna 1 camca besar oren sunquick)
  • Coklat cair untuk hiasan
  • Strawberry segar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang air, minyak, esen vanilla dan mocha falvor, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.
  3. Masukkan cuka atau jus lemon (mat guna oren sunquick) dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias. Boleh hidangkan...
COKLAT GANACHE
  • 50 gm serbuk koko
  • 60 gm mentega 
  • 1 cawan susu pekat
Campurkan semua bahan ke dalam periuk untuk dicarkan dengan kaedah double boil. Kacau rata dan pastikan jangan berbintil. Apabila siap, curah di atas kek dan hias ikut citarasa masing-masing!

Selamat mencuba .....


-InaChomel-

1 comment:

  1. dah cuba resipi..ni...sedap and memuaskan hati.. pertama kali buat kek tanpa telur,selama ni..tak tau kek tanpa telur pun sedap. thank a lots..

    ReplyDelete