Saturday, March 31, 2012

PUFF INTI KARI DAN DAGING CENDAWAN

Salam sume,

Tadi masa upload N3 Kek Marble Optima lupa nak dedicate ucapan TQVM ni .....

"Akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembeli yang telah sudi membeli sambil menderma semasa program Jumble Sale semalam. Alhamdullillah, kuih apam pelangi habis terjual. Rata-rata kata apam tu sedap. Jadi kepada yang nak mencuba, jangan ragu-ragu, silalah mulakan langkah untuk mencuba!"

Selain kuih muih, ada juga nasi lemak, kerepek pisang tanduk, biskut, coklat, roti, air kotak, taufu fa, beraneka jenis buah-buahan dan barangan terpakai serta majalah. Sebab pagi sebelum masuk ofis akak dah breakfast ngan pak we akak, so akak beli buah, kerepek dan karipap. Tak banyak, sedikit tetap menyumbang! Sambutan baik dan kalau ada masa elok repeat program jualan ni. Akak tukang beli jer .....

Ok, sebelum masuk beradu, kat sini nak share menu yang biase-biase jer, pun dah biasa buat, cuma yang ni akak buat sebab ada perjumpaan keluarga, sama macam buat kek marble optima tu .... Cuma kali ni akak kelim tepi pastry tu macam karipap. Inti pulak pasal memang dah sedia ada kat esbok, jadi cuma tinggal nak mengelim jer, lagi mudah dan cepat. kebetulan ada 2 perisa inti --- kari kentang dan daging cendawan, tapi untuk inti tu bolehlah guna inti ikut citarasa masing-masing.  Ok, jom kita tengok resepi ulang tayang ni .....

PUFF INTI KARI DAN DAGING CENDAWAN
  • Pastry jenama KAWAN --- 4 x 4
  • Telur
  • Bijan
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak untuk mengeris loyang
Inti kari kentang :-
  • 7 biji kentang - potong dadu
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - direndam dan tumbuk halus
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu kecil halia kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • Lada hitam kisar
  • Garam'
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
  • Kalau suka, boleh masukkan 2 biji bawang besar dipotong dadu.
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan bawang dadu, ikan bilis, kacau dan masukkan pes rempah kari. Masak hingga wangi dan garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata dan masukkan sedikit gula.
  • Masukkan kentang dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Kacau rata  dan masukkan serbuk lada hitam, kacau rata dan masak hingga kentang empuk. 
  • Angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti.
Inti Dading Cendawan
  • 7 biji kentang - potong dadu
  • 300 gm daging cincang - cuci dan toskan
  • 1 tin cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam kisar atau serbuk lada sulah
  • 1 mangkuk kecil hirisan daun sup dan daun bawang
  • Garam'
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji bawang besar atau bawang holland dipotong dadu.
 Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar dan bawang dadu hingga wangi.
  • Masukkan daging cincang, sos tiram dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata .
  • Masukkan kentang dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Kacau rata  dan masukkan serbuk lada hitam atau lada sulah, cendawan butang, daun sup serta daun bawang kacau rata dan masak hingga kentang empuk. 
  • Angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti.
Penyediaan puff :-
  • Panaskan oven 15 minit sebelum dibakar.
  • Ambil sekeping pastry, gunakan roller untuk leperkan sedikit pastry.
  • Bubuh inti, dan tangkup pastry menjadi bentuk segi empat tepat. 
  • Tekan bahagian keliling untuk memudahkan untuk mengelim bahagian tepi pastry.
  • Susun pastry yang telah siap ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak. 
  • Gunting bahagian tengah untuk menghasilkan corak pada puff.
  • Sapu telur di bahagian atas pastry, tabur dengan bijan dan serbuk lada hitam.
  • Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing.
Nampak panjang berjela kan, tapi sebenornye sonang ajer .....

 -InaChomel-

KEK MARBLE OPTIMA

Salam dan selamat malam sume,

Macam mana cuaca hari ni? Fuhhh .... subuh tadi hujan lebat beserta kilat dan petir sekitar jam 4.30 pagi. Akak tersedar sebab terperanjat dengar bunyi petir dan cahaya kilat di tepi tingkap. Hampir tengahari baru hujan mula reda, dan sebelah petang lepas Zuhur baru ada cahaya matahari. Agaknye sekarang ni dah start musim hujan semula, sana sini cite banjir dah mula kedengaran!

Malam ni akak nak share resepi kek yang sangat mudah. Akak ronda dapur MamaHawaNani dari Singapore! Tapi mama buat guna perisa oren, akak ubah sket sebab sangat suka dengan gabungan perisa strawberi dan coklat! Hasilnye memang tak mengecewakan! Cuma, kek ni akak buat untuk tujuan jamuan keluarga, jadi akak gunakan casing cupcake! Senang nak dihidang dan nampak comel! Sebelum tu akak try resepi yang sama jugak, tapi akak guna pandan paste dan esen vanilla aje. Tetap tak mengecewakan rasanye! Jadi bila first round dah menjadi, akak bega-bega lak round yang berikutnye dengan perisa strawberi dan coklat! Bebudak suka! Dan, kek ni agak tahan lama. Setakat 5-6 hari masih ok lagi! Ok, akak CnP resepi ni dari blog mama, kalau nak lihat yang mama buat, silalah ke link yang akak dah sediakan pada sumber kek ini. Selamat mencuba, cuti-cuti ni elok gak try untuk minum petang, kalau tak abis boleh bawa gi ofis Isnin nanti!  

KEK MARBLE OPTIMA
Sumber : MamaHawaNani

Bahan-bahan :
Loyang 10x7 inc./9x9 inc.
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb serbuk koko - diayak (lebihkan jika suka)(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan  + 1 sudu besar cocoa powder + 1 sudu besar chocolate emulco)
  • 1 atau 2 lagi warna pilihan -(Ayu asingkan 200g adunan dan campurkan + 1 sudu kecil orange emulco +sedikit pewarna oren) - akak gunakan chocolate emulco dan chocolate paste, serta strawberry paste dan esen strawberry.
Cara-cara :-
  • Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  • Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  • Ambil 1/3 adunan dan campurkan serbuk koko.Lebihan adunan diwarnakan jika suka.
  • Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  • Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.
 Yang ni perisa pandan + vanilla.
Lebih cantik corak marble tu kalau guna loyang bulat atau loyang segiempat sama. 
Masa buat kek ni, excited nak try loyang baru beli dari Ikea. 
Corak tak berapa hensem, tapi rasanye sedap!

-InaChomel-

Thursday, March 29, 2012

APAM PELANGI FOR CHARITY .... JOM BELI!

Salam sekali lagi,

Sebelum melabuh tirai malam, akak nak kempen kat sini sket ..... Kepada pembaca blog akak yang keje kat UTM JB, esok di foyer library ada dibuat program Jumble Sale khusus untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada rumah kebajikan warga emas dan anak-anak yatim di daerah Pontian, Johor.

Kami sebagai staf library, ada yang menyumbang barangan terpakai untuk jualan murah dan juga makanan. Ada juga yang menyumbang wang ringgit. Akak nak promote kat sini supaya warga kerja UTM JB dapat berkunjung ke library untuk membeli sambil beramal. Malam ni akak buat kuih ni untuk disumbangkan esok. Hasil jualan akan terus masuk tabung. Ini aje yang mampu diusahakan, sekadar untuk memeriahkan gerai jualan makanan. Dengar cite ada banyak lagi makanan yang dijual, jadi jangan lupe datang yea .... hari ini kita masih muda dan gagah, esok lusa kita tak tau nasib yang bakal menimpa diri kita dan keluarga. Semoga sedekah jariah yang kecil ini dapat membantu meringankan beban mereka dan secara tidak langsung kita turut menggembirakan mereka apabila meraka merasakan masih ada yang sudi menyalurkan sumbangan dan menceriakan hidup mereka ....InsyaAllah ....

Untuk resepi kuih Apam Pelangi ni, akak ambil dari dapur Mat Gebu, dan akak panjangkan resepinye disini .... semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinye ......

APAM PELANGI
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 camca teh ovallate
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
  • 90 gram gula halus
  • 125 ml santan pekat segar (guna santan kotak pun ok)
  • Pewarna makanan ikut suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga pekat, seperti dalam gambar.
  3. Perlahankan speed, tuang santan dan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  4. Bagi adunan pada 3 bahagian, letak warna kegemaran pada setiap bahagian tadi. Sudukan secara bergilir2 setiap warna seperti dalam gambar, buat hingga siap.
  5. Tutup permukaan tin dengan tudung periuk sesuai dan kukus 30 minit gunakan api sederhana. Bila masak, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Boleh hidangkan.
 Yang ni untuk charity .... jangan lupe beli yea .....

 -InaChomel-

DOMO ARIGATO MIMI!

Salam dan selamat malam sume,

Dah bebarapa hari tak dapat bersiaran sebab keje malam, gi check-up kat HSA dan tadi gi Fisioterapi untuk sakit belakang ni. Senaman yang diajar agak mudah dan diminta buat sendiri di rumah setiap hari. Senaman tu bagus, tapi pasal akak buat fisioterapi tadi kat ruang yang terang (lampu kat siling tu betul-betul mengadap akak masa baring tadi) pening lak kepala ni, langsung asyik sendawa angin ajer .... Masa nak balik dari fisioterapi dah masuk kereta, baru gerak tak sampai 10 meter, akak suruh pakwe akak berhenti kejap, tak tahan nak muntah .... bukan muntah makanan pun, tapi air liur jer, mungkin pasal belum makan apa-apa lagi, tapi lepas tu kaki ni rasa macam gagah semacam jer. Kena amalkan nihhh ... kalau nak sihat kena berkorban sikit, betul tak????

Akak masuk ofis ari ni jam 10.35 pagi. Dapat time slip, jimat ler cuti! Ari ni akak dapat cenderamata dari jauh .... nun dari Jepun! Haaa .... rakan sepejabat, sebelah partition jer ..... gi Jepun sebab adik dia konvo kat sana! Dia kata kat sana barang mahal! Tapi sesuai dengan gaji rakyat Jepun yang besar! Rakyatnye teratur berdisiplin! Itulah budaya timur yang menjadi kebanggaan kita semua, walau pun kita ni kategori orang timur, tapi mampkah kita meniru budaya rakyat Jepun yang sangat bersopan, bersantun, peramah, bertanggungjawab serta rajin!!! Lama gak akak berbual dengan rakan akak ni pasal pengalaman dia di sana. Seronok dengar kisah oang Jepun. Dia kata buah tembikai kat sana sebiji yang sederhana saiznye berharga hampir RM 100. Eeeee .... kalau kat Malaysia, tak merasa ler kita tembikai kalau gitu mahal regenye .... Anyway, N3 malam ni khas untuk ucapan terima kasih pada Mimi kerana bawa pulang dorayaki ---- makanan kegemaran Doremon! Anak-anak sangat terujua melihat kuih dorayaki ni! Akak ada juga skodeng resepi ni kelmarin, nanti nak try lak hasil air tangan orang Malaysia buat kuih Jepun ni! Rasa dorayaki ni just nice, tak manis walaupun berintikan kacang merah. Bau dorayaki macam banyak kandungan telur, tapi rasanye tak hanyir langsung! Tepungnye lembut jer .... dan coin pouch ni bercorakkan motik bungaan Jepun, cantik sekali! Terima kasih ye Mini .... susah payah cari souvenir untuk kami di sini. Domo Arigato Mimi!

Selamat malam!

-InaChomel-
 

Monday, March 26, 2012

SAYUR GORENG RAMPAI a.k.a SAYUR CAMPUR

Salam sume,

Ok sebelum melabuh tirai malam ni, akak nak share satu lagi resepi ringkas lagi mudah untuk kita masak sebagai hidangan harian.

Sebelum tu, tadi sambil menaip akak dengar berita dari TV3. Geramnye bila tengok muka pembunuh Dirang! Eeee.... muka seposen jer, macam tak buat salah! Apalah salah budak tu kat dia, tapi kat JB ni akak dengar kisah disebalik pembunuhan Dirang ni dari mulut ke mulut. Tak berani nak story kat sini ... lagipun biarlah Dirang aman dan tenang mengadap Illahi, Allah lebih sayangkan dia. Cuma bila tatap gambo Dirang, kesian yang tiada duanye, tak berhati perut orang yang bunuh dia tu. Macam manalah azabnye budak tu dibakar oleh pembunuhnya. Kita yang masih bertuah berada di bumi Allah ini wajar bersyukur. Semoga roh Dirang dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ........

Ok, lauk sayur ni dah biasa masak dan mudah, cuma apa yang dicampur adukkan dalam sayur ni jer yang berbeza, ikut stok yang ada dalam esbok! Ni pun kes nak habiskan baki sayur. Daripada rosak, baik dimasak dan dicampurkan dengan beradan lain ... moh gi dapur!

SAYUR GORENG RAMPAI a.k.a SAYUR CAMPUR
  • 1 mangkuk bunga kobis - potong kecil, cuci dan toskan.
  • 1 paket putik jagung tanpa kulit - potong serong
  • 1 batang lada merah & hijau - hiris serong
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 batang fish cake - hiris sederhana tebal
  • 3 batang crab stick - potong serong
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu teh serbuk ikan bilis Knorr
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar, bawang besar mayang dan lada hiris hingga garing dan wangi.
  • Maukkan serbuk ikan bilis, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan fish cake, kacau rata dan biar seketika, kemudian masukkan sayuran dan kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan crab stick, kacau seketika dan angkat untuk dihidang.
Senaangkan! Makan lauk ni ngan ikan goreng dan kicap manis, fuhhhh sungguhhhhhh sedap. Cube yea ....
-InaChomel-

SOTONG GORENG KUNYIT

Salam dan selamat malam sume,

Haaa .... dah mula malas nak update blog sekarang ni! Nampak jer laptop, mata ni ngantuk sakan, asyik nak tido jer!!!! Lepas ni bebudak ni sibuk lak suruh cari bahan untuk kerja sekolah dari internet! Dah penat cari, tu yang datang malas nak berblog tu!

Tapi hari ni akak rasa rindu lak nak mengomel kat sini ..... Ari ni MC. Memanjang MC jer ..... tadi ke HSA, buat check-up sebelum masuk wad hari Rabu depan! Penatnye .... dapat no. 1, tapi banyak tempat nak kena pegi .... memula ambil darah. Hantar darah ke makmal, lepas tu buat ujian urine, hantar kat lab sekali lagi. Dapat result darah dan urine, jumpa doktor ginecology. Lepas tu kena refer ke klinik bius pulak untuk check tahap kesihatan sebelum betul-betul confirm boleh buat minor operation next week.Timbang berat badan dan ukur tinggi! Siap kat klinik bius, patah balik jumpa doktor ginecology! Ambik surat daftar masuk wad, pukul 11 pagi baru siap! Balik dari HSA, singgah ke kubur lawat arwah Mohammad! Fuhhhh ... sungguh letih, especially kaki ni! Tengah beli sayur kat KIP Mart, tetiba lutut kiri ni terkedu! Adoiiii .... kena jalan perlahan sikit dan berpimpin tangan ngan pakwe akak (kalau tak sakit lutut pun memang selalu jalan pimpin tangan, ingat pesan ustaz dulu-dulu, jangan masa bercinta aje sibuk nak berpimpin, dah kahwin lagi ler kena dipimpin selalu ....... :p).

Ok, meh tengok kisah dapur lak, ari ni masak simple jer, nak snap gambo pun tak nyempat! Jadi akak siarkan resepi yang akak bongkar dari folder yang dah seminggu terperuk kat laptop nih! Sotong koreng kunyit ni memang faveret semua orang kat umah ni, especially my pakwe, asal nama sotong jer, memang dia suka! Sotong dalam tin jenama REX yang dia paling suke, masak sambal tumis! Nantilah, kalau akak masak sotong ting tu, akak siarkan yea ..... Sotong goreng kunyit ni paling mudah, kalau nak goreng kering, sotong tu celur dulu, tapi kalau nak berkuah macam dalam gambo nuuuuu .... tak yah celur, campak terus dalam kuali ...... ok jom masuk dapur!

SOTONG GORENG KUNYIT
  • 1 kg sotong sederhana besar, potong bulat sederhana tebal.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 labu bawang besar - mayang bulat kasar-kasar
  • 6 batang cili padi - belah dua
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Air asam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar, bawang besar mayang dan cili padi.
  • Kacau rata hingga wangi dan garing.
  • Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan air asam. Kacau dan biar mendidih dan kuah sedikit pekat.
  • Akhir sekali masukkan sotong, kacau rata dan biar sehingga sotong masak.
  • Angkat dan hidangkan.
Lauk ni mesti ada rasa pedas, dan sedikit masam. Sedap dimakan bersama ulam sayur mentah seperti kobis atau kacang panjang. Kalau nak pedas lagi, makan bersama sambal belacan dan nasi panas bersama ikan sepat masin. Selamat mencuba.

-InaChomel-

Thursday, March 22, 2012

SPAGHETTI GORENG PEDAS

Salam sume,

Hai! Dah beberapa hari tak dapat bersiaran! Agak sibuk dan sedikit penat menyebabkan akak tak sempat nak upload N3.

Actually dah ada beberapa gambar masakan yang akak snap, tapi tak menyempat! Kat ofis lak, ada jer bende nak disettlekan! Maklumlah, dah seminggu tinggalkan desk work!

Semalam pun akak kerja malam. Itu pun pada sebelah pagi akak dah terdatang ofis. Nasib baik seblum jam 8 pagi akak tersedar yang akak sepatutnya duty sebelah malam. Apa lagi, start enjin kereta terus balik rumah. Nasib baik jugalah jarak rumah ngan ofis takat 10 mint perjalanan ajer, kalau jauh, mau bertapa dari pagi sampai ke malam kat ofis yang sejuk giler macam lemari ais niiiihhh!!!!

Esok dah Jumaat, sekejap jer masa berlalu. Tak lama lagi dah nak sambut Ramadan dan Syawal semula! Lepas tu sibuk ngan kenduri kahwin sana sini! Tahun ni 2 orang cousin perempuan akak akan kahwing, 1 sebelum Raya & 1 lagi lepas Raya! Ooooo ...... meriah wehhhh!!!

Untuk N3 kali ni, just nak share resepi yang mudah, ikut apa yang ada dalam stok esbok kat umah ni. Akak goreng spagheti ni sebagai hidangan sarapan. Biasanye memang akan habis sebab bebudak akak berulang makan sehingga ke petang sambil tengok TV! Ok, meh ler tengok cara penyediaannye yang mudah ni .....


SPAGHETTI GORENG PEDAS
  • 1 bungkus spaghetti - direbus hingga lembut, toskan dan gaul sedikit dengan minyak.
  • 5 batang sosej - dipotong serong sederhana tebal
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 6-7 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato - dipotong lapan
  • 1 biji bawang holland - dipotong dadu ---- lupa nak letak
  • 3 batang crab stick - potong serong
  • 1 batang carrot disagat sederhana halus
  • 1 mangkuk kecil udang --- tak letak pun, kalau ada lagi sedap!
  • Sedikit serbuk oregano
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar dan bawang holland hingga wangi dan naik bau.
  • Masukkan tomato sos, carrot dan tomato buah, kacau lagi hingga layu sayuran tadi.
  • Masukkn sosej dan kacau seketika.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula sedikit sahaja.
  • Masukkan udang, kacau sekejap hingga kulit dan isi udang kemerahan.
  • Masukkan spaghetti, kacau rata.
  • Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kacau rata dan akhir sekali masukkan crabstick.
  • Kacau rata dan angkat untuk hidangan.
Untuk hidangan spagehtti ni, mesti ada rasa pedas, sedikit masam dan manis sikit. Tahap kepedasan adalah mengikut citarasa masing-masing. Kalau suka pedas, boleh lebihkan sukatan lada kering dan serbuk lada hitam!

Selamat mencuba. Lebih sedap lagi kalau dipadankan dengan ayam goreng tepung atau ayam panggang madu, slurrrppppppp .... sedapnye .............

-InaChomel-

Sunday, March 18, 2012

RABITA --- IMAN'S NEW LOVELY RABBIT


Salam dan selamat malam sume,

Terlebih dahulu, terima kasih di atas komen di FB tentang kemenangan Iman di pertandingan mewarna! InsyaAllah, jika ada peluang memang Iman tak akan lepaskan peluang untuk sertai pertandingan mewarna, dari suka-suka mungkin akan jadi hobi dan, manalah tau satu hari nanti memberi ruang kepada masa depan yang lebih baik ... mudah-mudahan ........ Amin.

Pensel warna dah sekotak, macam toolbox technician. Yang kopak, Ummi dia ler, pantang nampak pensel warna, asyik nak beli ajerrrr ......

Ok, malam ni nak cite pasal 'busuk' terkini Iman yang akak beli kat Ikea! Actually bukan senang nak cari material soft toy untuk si Iman ni! Dia tak suke jenis yang berbulu macam teddy bear tu, dia suke jenis kain baldu!

Yang ni 'busuk' Iman yang ke-4 selepas 'busuk' pertama dia hilang. Yang kedua tangan sebelah kiri dah kudung sebab dia asyik cium jer sampai hancur tangan beruang tu! Yang ketiga, Hipo, dia jarang cium. Yang ni, Rabita, dah ada bau yang dia suke ....... tak lama lagi telinga Rabita ni kudung gak macam 'busuk' dia yang kedua sekarang ni .......

Balik sekolah mesti cari 'busuk' dulu, cium puas-puas, baru makan nasi! Kadang-kadang, nasi pun tak makan, balik sekolah agama petang nanti baru dia makan.

Cite pasal gi KL kelmarin, hari ni baru kaki and lutut ni ok sket! Rasanye nak time kalau gi KL lagi nak repeat beli popcorn Garret kat KLCC. Tak pernah akak makan popcorn sesedap ni, sesuai dengan harganye yang macam tak masuk akal, tapi rasanye tidak menghampakan! Dulu masa zaman belajor kat UiTM Shah Alam, kat pasar malam Jln. TAR, ada satu stall jaul popcorn peanut butter! Memang sedap gilerrr, tak pernah miss beli popcorn kat broder tu kalau gi pasar malam! Kadang-kadang kalau tak pegi, sanggup kirim kat member yang pegi! Itulah kenangan zaman dulu-dulu yang buat akak senyum sendiri ..... Ok, stop dulu kat sini, jumpa lagi .... Selamat malam!

-InaChomel-

Saturday, March 17, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA --- IMAN TEMPAT KE-3!

 

Salam sejahtera,

Sedang tonton hindustan di TV3 ker??? Akak baru nak landing kejap ni ...... Baru balik dari pertandingan mewarna sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor! Ini kali kedua Iman masuk pertandingan ni! Kali ni dia berjaya dapat tempat ke-3. Senyum simpul tak berhenti. Tahun lepas dapat tempat ke-4! Kali ni dia tebus kekalahan 2 minggu lepas sebab tak sempat siap mewarna semasa pertandingan mewarna di Masjid Taman Sri Pulai Perdana ..... masa 1 jam jer ... tak sempat siap! 

Tadi masa yang diberikan adalah 2 jam dan ruang mewarna pada kertas lukisan yang lebih besar mungkin mengambil masa yang lebih! Lihatlah senyum dia, tak lekang! Mula-mula suspen gak sebab semua hadiah saguhati dah diumumkan, cuma tinggal tempat pertama, ke-2 dan ke-3 jer masih jadi tanda tanya. Akhirnye bila diumum pemenang ketiga, tak payah suruh bangun, dia dah meluru bangun ke depan ambil hadiah! Kalau nak tengok lagi gambar aksi mewarna dan hamper yang dimenangi, silalah ke FB akak ---- Haslina Hussin @ klik kat FB badge di panel sebelah kanan nie >>>>

Ok ler, nak tido jap, penat menunggu tadi ...... sambil menunggu dapatler update statistik ofis kat tepi tembok masjid! Dari bual gosip-gosip, baik buat keje ofis .... lagipun tak de 'kaki' bual yang nak diajak berborak!

-InaChomel-

Friday, March 16, 2012

PIE IN POT

Salam dan selamat malam,

Dah beberapa hari tak bersua sejak kali terakhir upload N3 pasal kek belang coklat pink! Kisah kek yang berapa nak menjadi tu ......

Actually masa buat kek tu akak dalam keadaan runsing! Runsing sebab penyakit psoriasis akak datang semula 2 hari sebelum pergi KL. Nak ke klinik pakar kulit HSA hujung minggu klinik tak de!

So hari Isnin pagi sebelum bertolak ke KL, akak ke klinik kulit tanpa appointment sebab emergency case! Bimbang jangan cakap ler takut ke tahan masuk wad! Alhamdullillah, penyakit akak masih terkawal sebab akak masih makan ubat MTX. Itu yang menjadi punca bila buat kek tak berapa nak menjadi, sebab runsing, buat kerja pun tak tentu arah! Lepas balik dari klinik kulit, sekitar jam 11 pagi akak sekeluarga bersama mak dan abah bertolak ke KL.

Semalam kami sampai semula ke JB sekitar Maghrib! Semuanya lancar, samapai sakit-sakit kaki, bengkak kaki dan lutut dah mula meragam jugak! Mana taknye .... ke KLCC, Ikea, lepas tu ke Zoo Negara sebelum balik ke JB! Tapi akak tak fikir pasal penat! Sebab sakit akak ni tak boleh runsing sangat dan tertekan perasaan, nanti susah! So sekarang ni dah beransur pulih! Cuti rehat seminggu diganti dengan MC sebab doktor kasi rehat sampai Isnin depan! Isnin depan kena gi klinik semula untuk follow-up check up!

Hari ni akak sempat sediakan minum petang yang ringkas! Ringkas sebab akak memang dah ada standby inti dalam freezer! So akak cuma capai pastry dan isi inti, lepas tu bakar dalam oven! Resepi diambil dari dapur Mat Gebu. Kalau lawat dapar Mat, boleh lihat step-by-step macam mana Mat buat pie ni, senang bangettt !!!!! Ok, ini resepi copy and paste dari dapur Mat, silalah cuba dan lihat hasil tangan Mat yang memang cantik dan kemas.  

CHICKEN PIE IN POT
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram daging ayam, cincang halus
  • 1 biji bawang besar, dadu
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/3 inci halia*(*tumbuk halus)
  • 1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
  • 2 helai bay leaf
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 1/4 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis
  • 5 keping pastry puff jenama kawan, bersaiz 4 inci x 4 inci, biar pada suhu bilik
  • Kuning telur, untuk disapu
  • Bijan untuk ditabur
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bau leaf hingga bawang layu. Tambah bawang putih + halia tumbuk tadi. Masukkan daging ayam, kacau rata. Tuang susu dan air serta lada hitam, kacau dan bila mendidih tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api, tak payah masak hingga kering. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, tabur sedikit tepung pada meja kerja. Lenser ramekin tadi dengan sedikit mentega, alas ramekin tadi dengan sekeping puff pastry, tekan2 sedikit dan kemas kan.
  3. Isi dengan no. 1 sebanyak 1/5 bahagian, kemudian kemas kan seperti dalam gambar. Sapu kuning telur dan tabur bijan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan...
 -InaChomel-

Sunday, March 11, 2012

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE TURNED TO MARBLE CHOCO-STRAWBERRY CAKE

Salam,

Sebelum melabuh tirai untuk malam ini, akak nak share rupa paras kek yang akak buat siang tadi.

Actually resepi kek ni akak ambil dari blog Mat Gebu! Cuma akak ubah dari guna perisa peppermint ke paste strawberry sebab bebudak tak suke rasa sejuk dan berangin dari peppermint!

Entah mana silapnye kek ni, tak berapa nak cun dan macam akak mention tadi, very, very, very dry!

Kalau tengok rupa kek ni kat blog Mat Gebu, memang cantik dan menarik untuk dicuba. First time buat dulu, kek ni elok jadinye, tapi kali ni tak menjadi lak! Nak masak ni pun kena kawal emosi gak, kalau tak, gini ler jadiknye ........

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE TURNED TO MARBLE CHOCO-STRAWBERRY CAKE
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega
  • 140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
  • 3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
  • 120 gram gula halus
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
  • 1 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh coklat emulco*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*
  • 3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
  • Sedikit pewarna hijau (akak guna warna pink)
  • 3 titik perisa pudina (akak gantikan dengan strawberry paste)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...
-InaChomel-

UNIKNYA BARKAT WALIMATUL URUS MASA KINI ... I LIKE!

Salam sume, 

Selamat malam. Biasalah bila hujung minggu, sebelah malam baru dapat berblog. Kalau hari bekerja, bila ngantuk boleh gak curi-curi masa berblog! Daripada tido masa keje, baik membelek blog sendiri!

Ok, hari ni akak ada buat kek! Tapi pasal hari ni hati akak agak runsing, maka kek tu pun macam confius gak agaknya! Tak berapa cantik hasil kejadiannye .... actually akak pernah buat kek ni sebelum ni, elok ajer kejadiannya, tapi kali ni tak pasti di mana silapnya, kek tu kelihatan very dry! Dry macam mood akak ari ni ...... masak lauk pun tak! Lauk gukai semalam masih ada lagi, petang tadi cuma goreng ikan cencaru aje. Anak-anak kalau ada ikan cencaru goreng dah memadai dengan kuah gulai! Dan sebelah tengahari tadi ada jemputan walimatul urus dari keluarga sebelah mak akak. Actually anak sepupu mak kahwin kat area Kulai! 

Apa yang suka nak cite kat sini adalah keunikan barkat yang tetamu terima pada majlis kahwin sekarang ni! Akak rasa dah ramai yang sedar pemberian barkat adalah sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan tetamunye. Kalau kat Johor ni, barkat biasanye adalah telur pindang! Telur yang direbus semalaman dengan rempah ratus dan daun-daun ulam terpilih!Akak sebenarnye tak berapa suke, tapi makan juga! Cuma bukan feveret. Sesekali ok. Tadi masa ke majlis tu, barkatnye unik dan akak suke sangat! Untuk semua tetamu, barkatnye adalah telur pindang yang diisi dalam triangle blue stripe pouch. Kanak-kanak dapat jajan dalam lace pouch. Dan buat keluarga terdekat stripe paper bag yang diisi dengan apam polka dot, home made chocolate, dan yang istimewa adalah senaskhah yassin dan seutas tasbih! Akak rasa inilah barkat yang terbaik akak pernah dapat! Especially tasbih tu. Barang sebegini sedikit sebanyak mengingatkan kita yang kadang kala terleka! Dengan tema biru laut, semuanya kelihatan sejuk mata memandang semasa di rumah kenduri tadi. Pelbagai pilihan air minuman sejuk seperti di pasar malam. Nasi beriyani, lauk beriyani daging, ayam masak merah, dalca, buah oren, bubur pengat dan pelbagai kuih manisan untuk meraikan tetamu yang sudi berkunjung memeriahkan majlis tuan rumah. Bukan tak pernah dapat barkat yang lebih hebat dan grand daripada ini, tapi, kali ni memang lain. Boleh jadi inspirasi untuk akak sediakan barkat bagi majlis solat hajat dan tahlil yang akak dan pakwe akak rancang tak lama lagi .....

Terima kasih kepada tuan rumah, dan untuk mempelai yang diraikan, semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan zuriat yang soleh & salehah ..... Amin.

-InaChomel-

Saturday, March 10, 2012

MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Salam dan selamat malam sume,

Wahhh ..... dah mula cuti sekolah bagi negeri-negeri yang mula cuti pada Sabtu. Anak-anak pasti dah sibuk tanya mana nak pergi cuti ni!

Soalan lazim buat ibubapa sekarang ni. Jadi sebelum cuti sekolah ibu bapa dah mula memikirkan lokasi yang sesuai untuk anak-anak! Kali ni akak rancang nak ke KL, ke rumah adik akak di Wangsa Maju. Dah lama kami merancang nak ke KL, tapi tertunda ekoran faktor kesihatan akak yang kurang sihat pada akhir tahun lepas dan abah pulak pada awal tahun menjalani engiogram di HSA. Doa kami semua Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami kali ini dan perjalanan kami sentiasa berada di dalam perlindunganNya .... aminnnnn ........ InsyaAllah .....

Hari ni ada sambutan Mulidur Rasul di masjid kawanan kejiranan kami. Macam-macam acara untuk anak-anak diadakan, antaranya pertandingan nasyid, azan, mewarna dan melukis. Turut diadakan pameran dari Jabatan Bomba, Rela dan jualan makanan kesihatan keluaran syarikat Muslim. Sebagai peningkatan tahap keselamatan di kejiranan kami, penduduk taman digalakkan menjadi ahli Rela! Sayangnye akak tak pergi pun sebab kaki akak yang tak boleh terlalu penat dan kesukaran untuk duduk di lantai. Hanya anak-anak dan pakwe akak jer yang pergi. Jadi akak masak lauk untuk malam ni dan juga mencuba kek ini yang nampak sungguh mengiurkan!!! Akak pun dah lama gak tak try buat kek coklat, so dengan sumber yang terhad, akak dapat cuba buat kek ni. Rasanye just nice, tak manis ..... akak tambah dengan coklat ganache sekadar nak try deco-deco atas kek ni! Kalau korang tak gemar kek yang manis, rasanye kek coklat ni memenuhi selera korang! Jom lihat resepi yang akak ambil dari dapur Mat Gebu, cuma ganace tu akak ambil dari blog lain, maafler kepada owner untuk resepi coklat ganace ni, akak lupe dari blog mana, resepi ingat dalam kepala aje sebab dulu pernah cuba buat! Anyway thanks for the lovely taste of chocolate ganache, not too sweet, sesuai dipadankan dengan rasa kek ni ..... Mohhhhhh kita tengok!!!

MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan serbuk koko (maaf..terlupa tulis semalam)*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 cawan gula perang @ soft brown sugar
  • 1/2 cawan minyak jagung (mat guna canola oil)
  • 1 1/4 cawan air dari peti sejuk
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh mocha flavor
  • Secubit garam
  • 1 camca teh cuka makan atau jus lemon (mat guna 1 camca besar oren sunquick)
  • Coklat cair untuk hiasan
  • Strawberry segar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang air, minyak, esen vanilla dan mocha falvor, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.
  3. Masukkan cuka atau jus lemon (mat guna oren sunquick) dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias. Boleh hidangkan...
COKLAT GANACHE
  • 50 gm serbuk koko
  • 60 gm mentega 
  • 1 cawan susu pekat
Campurkan semua bahan ke dalam periuk untuk dicarkan dengan kaedah double boil. Kacau rata dan pastikan jangan berbintil. Apabila siap, curah di atas kek dan hias ikut citarasa masing-masing!

Selamat mencuba .....


-InaChomel-

Thursday, March 8, 2012

SANDWICH GORENG

Salam dan selamat malam sume,

Hari ni akak tak masuk dapur pun! Rasa macam penat semacam jer ari ni. Bukannye penat badan, tapi penat mental sebab nak settlekan kerja-kerja yang banyak tertangguh kat ofis.

Alhamdullillah, hasrat nak siapkan semua yang tergendala sejak dua tiga hari lepas dah berjaya dilaksanakan. Cuma aktiviti 5S yang masih membelenggu akak sebab masih berterusan setiap hari Jumaat hampir setiap minggu! Selagi tak beres bahagaian akak, selagi tulah rasa macam penat tak berkesudahan ......

Malam ni, lepas Isyak nanti kami nak pergi dinner kat luar, mana-mana warung yang kita orang rasa nak lepak hanya akan decide dalam kereta nanti .... tapi menu utama yang pakwe akak dah aim adalah sate! Well we'll see ......

Untuk kisah dapur malam ni, hanya hidangan minum petangyang ringkas aje akak nak share malam ni! Senang nak buat Sandwich goreng ni! Actually akak buat sandwich ni ari Ahad lepas, tak sempat-sempat nak upload! Kalau ada roti yang lebih dan tak tau nak digayakan macam mana, cuba buat sandwich ni .... ini ikut citarasa masing-masing! Akak memang ada standby inti dalam freezer, bila-bila masa nak buat puff atau karipap, cuma tinggal sediakan kulitnye aje. Ok, jom lihat resepi mudah ni, makan masa panas-panas, bila sejuk kurang enak, unless panaskan semula dalam oven atau microwave.

SANDWICH GORENG
  • Roti sandwich - akak guna roti Daily.
  • Bancuhan tepung gandum dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat.
  • Minyak untuk gorengan terendam.
  • Inti secukupnya - kalau nak guna inti sardin digaul dengan bawang dan lada pun ok.
Cara penyediaan:-
  • Ambil sekeping roti dan leperkan menggunakan roller hingga nipis.
  • Potong bahagian tepi untuk mudahkan roti dilekatkan nanti.
  • Sapu bahagian keliling roti dengan bancuhan tepung gandum.
  • Letakkan inti dan lipt dua kepingan roti.
  • Kemaskan bahagian tepi roti dengan menekan dengan garfu.
  • Buat yang lain sehingga habis.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan roti daripada menyerap minyak.
  • Goreng roti hingga kekuningan dengan kerap membalikan bahagian roti supaya masak sekata.
  • Angkat dan toskan sebelum dihidang.
 -InaChomel-

CHICKEN MEATLOAF & FRIED EGG WHOLE MEAL SANDWICH

Salam sume,

Curi masa sket pagi ni ye .....

Just simple N3 untuk yang nak bersarapan pagi ni .... sandwich! Akak suka sandwich, especially sardin, tapi sejak kena kawal kolesterol ni, dah kurang makan sardin!

Kolesterol tu tak lah tinggi sangat, cuma kena berhati-hati, makan memang sedap, bila dah sakit nanti susah, baru teringat nak berdiet!

Sandwich ni akak letak sayur banyak-banyak, sebab nak kasi kenyang dengan serat yang ada pada syur dan juga roti tu .... roti tu beli jer, nak uli sendiri belum berkesempatan dan banyak kerje ler ... nanti boleh try bila free ..... Ok jom lihat cara mudah ni, semua orang pasti boleh membuatnye ....

CHICKEN MEATLOAF & FRIED EGG WHOLE MEAL SANDWICH
  • 2 keping chicken meatloaf - digoreng dengan 1 sudu teh minyak hingga kekuningan, angkat dan tepikan.
  • 1 biji telur - goreng dan tepikan.
  • Salad
  • Timun di hiris sederhana nipis
  • Tomato dihiris bulat
  • Bawang besar di potong bulat dan disangai sedikit jika tak suka makan bawang mentah (akak tak letak pun, lupe!)
  • Thousand island
  • Mayonis
  • Cili sos
  • Keju cheddar slice - jika suka (akak tak letak pun)
  • Wholemeal bread - akak guna Gardenia (lebih lembut dan tahan lama)
Cara penyediaan :-
  • Ambil 1 keping roti, letakkan salad, timun dan tomato. Jika ada cheddar, letakkannya bersama bawang.
  • Picitkan sos cili pada permukaan sayur.
  • Letakkan chicken meatloaf.
  • Picitkan sos cili, mayonis dan thousand island.
  • Lapiskan dengan roti dan ulang langkah di atas sekali lagi.
  • Potong sandwich kepada dua bahagian dan hidangan.
  • Untuk sandwich telur pulak, gunakan kaedah yang sama tapi hanya selapis sahaja sebab nanti tak muat mulut nak gigit sandwich ni .....
Senangkan! Mudah untuk disediakan sebagai sarapan pagi dan berkhasiat juga sebab banyak mengandungi serat dari sayur dan juga roti. Selamat mencuba.

-InaChomel-

Wednesday, March 7, 2012

SAYUR CAMPUR

Salam sayang sume,

Dah lama tak bersua ye! Minggu ni sangat sibuk, bermula dari hujung minggu lepas.

Mana taknye, hari Sabtu sekolah ganti, hari Ahad hari Anugerah Cemerlang sekolah Iman. Full 1 minggu tak rehat. Iman masuk koir, Nurul pulak terima cenderamata sebab dapat 4A 1B dalam keputusan UPSR 2011. Jadi tak menyempat nak update blog ni .....

Kat ofis lak, gara-gara nak kejar statistik bulanan bagi Feb. yang dah tercicir, langsung tak toleh kiri kanan, berbual pun sambil kerja, tak macam biasa ...... Kejamnye akak kat diri sendiri, tak rehat langsung. Balik kerja pun penat jer .... letak kepala kat bantal terus tidur, zzzzzzzzzzzzzzzzzzz ..................................

Okay, untuk kisah dapur pulak, mari tengok apa akak masak ari ni .... sayur campur! Dah lama tak masak sayur ni. Ada sikit sayur yang sesuai dicampur adukkan, maka terjadilah masakan ni untuk makan malam. Lauk sayur ni akak padukkan dengan lauk paprik ayam! Kalau nak tengok resepi paprik ayam, silalah ke sini .....

SAYUR CAMPUR
  • 1 mangkuk sederhana besar bunga kobis
  • 5 batang putik jagung
  • 1 mangkuk kecil udang dibuang kulit
  • 5 biji bebola ikan dibelah dua
  • 1 ketul kek ikan dipotong serong
  • 3 ketul crabstik dipotong serong
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 batang lada merah dihiris halus
  • 1 batang lada hijau dihiris halus
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 sudu kecil serbuk Tumix perisa ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan serbuk Tumis, lada hiris dan bawang besar mayang dan kacau lagi.
  • Masukkan udang, bebola ikan dan kek ikan, gaul rata.
  • Masukka sedikit garam dan serbuk perasa ikut citarasa jika kurang rasa masin.
  • Masukkan sayuran dan gaul rata dan biar seketika. Akhir sekali masukkan crabstik, kacau seketika jangan sampai hancur crabstik tadi.
  • Angkat dan hidangkan.
Haa ..... senangkan! Kalau nak tambah sayuran yang lain seperti lobak merah, kacang pea, kobis, kacang panjang/buncis pun boleh juga, ikut citarasa ...... jangan bubuh sayur beracun jer sudah ler!!!!
Tapi kalau sayur berdaun macam sawi rasanye kureng sesuai sket, tak cun!

-InaChomel-

Monday, March 5, 2012

KEK ALUNAN KASIH MENJADI KEK OMBAK KASIH ......

Salam dan selamat pagi sume,

Pagi-pagi masuk ofis boss dah bersyarah .... siap buka kisah sejarah Islam lagi, tu yang tak tahan nak dengor tu ...... bukan tak suke dengor, tapi kalau kita nak cakap tapi kita pun tak tunjukkan contoh yang baik kat orang lain ..... sendiri pikir ler ....

Ok, just simple N3. Kek ni dari alunan kasih dah jadi ombak kasih!!!! Fisrt time buat tak sure mana silapnye, tapi akak agak mungkin lapisan kek berwarna tu tak berapa tebal, that's why nampak berombak macam tsunami jer rupenye ... tapi rasa kek ni akak suke! I likeee ...... next time nak try dua cara .... 1. buat kaedah kek marble, tak nak ayak koko ... 2. Nak try tebalkan sikit lapisan berwarna tu ..... Anyway, dah nak habis dah pun kek ni, bau strawberi dari kek ni sangat mengancam jiwa raga termasuk tekak ni .......Dah ramai yang cuba, antaranya yang akak jumpa dari dapur Azlita Aziz. Jom skodeng resepi ni .....

KEK ALUNAN KASIH
Sumber : Mastura Yasak (kongsi resepi)
Diambil dari dapur : Masam Manis
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair
  • **1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Sebuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna Pink dan Kuning (resipi yg asal warna hijau n kuning ,sy buat pink n kuning) 
  • *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
Cara penyediaan : -

  • Pukul planta dan gula smpai kembang...
  • Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  • Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  • Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna kuning…
  • (**saya masukan esen vanilla utk warna pink dan perasa oren utk warna kuning)
  • Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  • Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2..(jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  • Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  • Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2… 
  • Mungkin boleh masukan adunan ke dalam piping bag/ising decorator..supaya dpt buat lapisan kek yg nipis2…
 -InaChomel-