Hampir mencecah tengahari, kerja-kerja 5S akak hampir selesai untuk almari alatulis! Walaupun cuma 1 blok almari aje, makan separuh hari gak nak siapkan dan kemas almari ni! Itu pun baru 70% aje yang siap, selebihnya kena tunggu sebelah petang nanti sebab ada keperluan rak yang tak mencukupi, kena pergi kedai kejap tengahari nanti ....
Ok, pada yang menjadi surirumah sepenuh masa, dah siap masak??? Akak tengahari ni baru nak fikir ape nak dimasak untuk makan malam nanti .... Kepada yang gemar asam pedas, boleh cuba masakan ni! Masakan ni semua orang pun pasti tau macam mana nak masak! Ini pun resepi ulang tayang aje. Saje je masukkan untuk menghilangkan boring dan rehat kejap sebelum sambung semula aktiviti pada sebelah petang nanti. Asam pedas ni sedap dimasak kalau kena dengan ikannya. Biasanye boleh guna ikan tenggir, ikan merah, ikan pari, ikan duri, ikan sembilang dan beberapa lagi yang akak dah lupe. Tapi, kalau campur dengan sayuran seperti kobis, terung, bendir, daun kesum atau bunga kantan, lagi sedap. Masa akak masak lauk ni, semua tu tak de, jadiknye masukkan ikan jer ler ...... Ok, pada yang nak mencuba, silakan jengah ke dapur akak ni ...... Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN
- 1 ekor ikan merah - potong 2 cm tebal dan kepalanya dibelah dua.
- 1 sudu besar bawang putih kisar*
- 4 sudu besar bawang merah kisar*
- 8 sudu besar lada kering kisar *
- Belacan*
- 1 sudu teh serbuk kunyit*
- 1 mangku kecil air asam jawa
- 1 kole air
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar yang telah disatukan (bahan bertanda *). Biar sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam dan air. Sukatan air boleh dikurangkan untuk elakkan kuah terlalu cair.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Jika kurang asam, boleh tambah sedikit lagi air asam jawa. Rasa dan sesuaikan dengan citarasa masing-masing. Mesti ada rasa pedas dan masam sikit.
- Masukkan ikan dan kecilkan sedikit api. Bila ikan hampir masak, masukkan sayuran jika ada atau boleh biarkan kuah gulai kosong tanpa sayuran.
- Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment