Dah nak masuk malam dah ni .... kat luar sana sungguh gelap! Cuaca menandakan hari nak hujan! Sekarang ni kat JB biasalah .... hujan sebelah petang! Kekadang membawa ke malam!
Walaupun hujan, suhu keliling agak panas dan melekit! Itulah perubahan cuaca yang kita rasai ... dari sekarang kita kena beringat, jaga alam sekitar. Bermula dari rumah!
Sumbangan dari akak .... sampah kitar semula diasingkan dari sisa makanan. Selain untuk tujuan kitar semula, juga untuk elakkan pemungut sampah persendirian yang mengutip sampah kitar semula dari menyelongkar tong sampah dan dibiarkan sampah terkirai begitu sahaja .... sudahnye mengundang haiwan seperti kucing dan anjing menyelongkar sampah yang akhirnye bertaburan dijalanraya depan rumah! Mau naik hangin satu badan pakwe akak, sebab dia yang kemas bahagian depan dan luar rumah ..... mau di'sound'nye budak kutip sampah tu nanti!!!
Itu kisah sampah, kadang-kadang kita selalu ambil mudah! Ok, kisah dapur lak .... rasanye dah tak tau nak masak ape. Sudahnye semalam akak masak nasi goreng seafood di'kawan'kan dengan nugget! Sebab ari ni tak keje, tak perlulah masak lebih untuk lauk semalam, kalau tak kena masak lebih untuk bebudak balik sekolah makan tengahari!
Nasi ni senang jer nak masaknye ... selagi ada hidupan laut yang boleh dimakan, boleh dibubuh dalam nasi goreng ni, tapi kalau ketam tu kureng sesuai sket pada hemat akak! Kalau nak masukkan sotong, adalah lebih baik dicelur dengan air panas selama 5 minit dulu untuk elakkan daripada berair semasa menggoreng nasi ni! Meh kita sama-sama jenguk kaedah memasak nasi ni ....
NASI GORENG SEAFOOD
- 2 cup beras dimasak menjadi nasi yang berderai.
- 1 mangkuk kecil udang
- 1 batang lobak merah disagat halus
- 1 biji bawang besar - dimayang halus
- 6 batang cili padi dibelah dua
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 ketul kiub ayam
- 6 batang crabstick - potong serong 1/2 cm lebar
- 1 sudu besar bawang putih kisar*
- 3 sudu besar bawang merah kisar*
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 biji telur
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan cili padi serta bawang mayang. Kacau rata hingga garing dan wangi.
- Masukkan kiub ayam, sos tiram dan serbuk perasa. Kacau rata dan masukkan garam sedikit dahulu kerana kiub ayam turut mengandungi garam. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi.
- Masukkan telur, biar mengeras dan kacau rata kemudiannya.
- Masukkan lobak merah dan udang, kacau rata.
- Masukkan nasi yang telah dileraikan, kacau rata.
- Masukkan crabstick, kacau rata selama 5 minit. Crabstick dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkannye daripada hancur.
- Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment