Hari ni sebelah malam baru dapat bersiaran! Ingat petang tadi dah nak upload N3, tapi kepenatan yang amat sangat!
Hari ni akak gi check-up kat Klinik Mata HSA dan juga kena jumpa dietition untuk consultation masalah berat badan! Alhamdullillah ... mata akak dah semakin ok. Kalau sebelum ni mata akak kering dan kurang airmata, sekarang ni dah bertambah baik. Lagi 6 bulan baru datang check-up! Jumpa dietition pun ok gak! So far diet akak dah ok, fat mass pun dah turun! Cuma berat badan naik sikit. Kena try maintain dan cuba untuk turunkan lagi! Kena usaha lebih lagi nihhh!!!! Kaki akak yang masih belum kuat betul ni kena dibawa exercise supaya tidak terlalu lama rehat!
Ok, berbalik kisah dapur pulak! Balik dari HSA tadi dah jam 11 pagi. Terus sarung jersi masak. Akak mulakan dengan buat kek ni dulu. Sambil tunggu kek ni masak, akak masak pulak lauk, nasi dan angkat jemuran yang dah kering sebab cuaca dah mendung menandakan hujan bakal turun petang tadi. Sememangnye hujan turun dengan lebatnya sekitar jam 5 ptg tadi! Pukul 3.30 ptg baru siap semuanye .... solat zuhur pun lambat sebab nak solat kat bilik bawah ni baju dan seluar pulak dah kotor. Lepas mandi, solat dan lepas tu terlelap kejap sementara nak tunggu waktu asar ...... tu yang lepak semacam aje ari ni. Sebenarnye lepas sihat dari sakit ni, akak memang tak berapa fit sangat untuk buat kerja lasak, tapi akak tak nak manjakan badan ni .... nak kuatkan semangat yang dah hampir hilang sebab sakit kelmarin .... Kini kembali pulih, alhamdullillah .... semuga akak sentiasa tabah dan mendapat rahmat dariNya ..... aminnn ....
Kembali kepada kisah kek ni, akak try buat petang tadi. Dapat dua loyang bulat sebab buat 2 adunan. Wangi dengan bau susu pekat dan rasa yang sedang elok manisnye walaupun akak ikut sukatan dari Pn. Azlita dari masam manis. Pun akak cuba dua corak yang berbeza semasa membelangkan kek ini. Satu akak ikut dari blog Pn. Azlita dan satu lagi dari blog Kak Ummi Kuantan. Ok, meh tengok resepi ni .... senang ajer, cuma banyak guna telur .... jom pinjam resepi ni dari blog Pn. Azlita .....
KEK BATIK ARORA
By : Cida
Sumber : Pn. Azlita Aziz --- Masam Manis
- 250 g mentega
- 100 gram gula castor
- 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
- 250 g tepung gandum
- 6 biji telur
- 2 sudu teh baking powder
- 5 jenis pewarna dan perisa
- 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
- Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
- Sediakan loyang ukuran 8 inc
- Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
- Satukan tepung gandum dan baking powder
- Kemudian di ayak ~ ketepikan
- Dalam bekas mixer
- Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
- Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
- Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
- Tutup mixer
- Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
- Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
- Gaul adunan rata
- Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
- Setiap tompokan 1 senduk
- Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
- Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment