Hari ni tak dapat nak celoteh panjang. Dah nak mula gotong-royong kemas ofis pagi ni. Satu hari suntuk kena kemas pejabat!
Harap-harap semua boleh beres. Tapi untuk projek 5S ni, setiap hari Jumaat adalah hari gotong-royong hingga semuanya siap dan selesai!
Ok, jom tengok resepi kek ni. Akak skodeng kat dapur Mat Gebu. Kek ni sedap, padat dan lembut! Tapi first time buat kek ni, bahagian tengah kek naik membumbung dan pecah sikit, tapi bila dah sejauk kembali normal! Mungkin pasal suhu oven agak tinggi kut!!! Tapi memang sedap. Cuma next time kalau akak buat kek ni, nak cuba guna yogurt yang berperisa pulak ... kalau tak cuba tak tau kan???? Ok jom serbu dapur untuk cuba buat kek ni ......
KEK MENTEGA YOGURT LEMBAP
Sumber : Mat Gebu
BAHAN - BAHANNYA :-)
125 gram mentega, pada suhu bilik
2 biji telur gred B
1 1/4 cawan tepung kek (atau 185 gram, guna tepung gandum pun ok)*
1/2 camca teh baking powder*(*gaul rata dan diayak)
150 ml plain yogurt
100 gram gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh parutan kulit oren (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula halus hingga berkrim dan gula hancur, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masuk esen vanilla dan parutan kulit oren (jika guna). Putar rata.
- Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali masukkan yogurt, gaul hingga rata dan tuang dalam tin berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas (mat guna bundt-pan jenis silicone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
- Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment