Semalam kita menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 1344 H. Teringat masa zaman sekolah dulu, kalau setiap kali sambutan Maulidur Rasul, pasti akan ada 1 hari semua murid akan hadir ke sekolah dengan baju kurung raya dan bawa bekas makanan dan minuman. Lepas acara persembahan, semua murid beratur dengan bekas makanan untuk ambil makanan! Acara sambutan Maulidur Rasul pulak dipenuhi dengan persembahan nasyid, bacaan ayat suci Al-Quran, lakonan berunsurkan Islam dan lain-lain lagi .....
Itu kisah di zaman sekolah dulu, kalau sambutan di masjid pulak, yang paling tak dapat dilupakan adalah bila makan beramai-ramai dalam satu dulang! Seronok kalau teringat zaman kanak-kanak dulu, sekarang ni masih dikekalkan sambutan Maulidur Rasul di sekolah, cuma sekarang ni makanan dibungkus dalam polisterin atau makan beramai-ramai di dewan dalam satu dulang! Akak paling suka kenang zaman sekolah, lebih-lebih lagi bila sesekali lalu kat sekolah lama akak, teringat zaman nakal dulu! Itulah kenangan paling berharga, susah nak lupakan yang indah ......
Semalam semasa semua umat Islam menyambut Maulidur Rasul, akak agak sibuk di rumah mak, sebab adik perempuan atuk sebelah mak dari KL datang berkunjung ke rumah kami. 3 kereta sekali serbu! Akak tolong mak masak ---- antara menunya adalah ayam kampung masak lemak cili padi, sambal goreng kentang dan tempe, sayur sup chap chai, ikan sepat goreng, sambal belacan buah binjai, ikan cencaru bakar dan kuah lada kicap. Dan sebagai hidangan sampingan, akak buah kuih apam ni ..... nama apam ni kalau disalah ertikan macam nama spesis a*****, tapi itu bukan maksudnye! Jadi kalau tak suka dengan nama asal apam ni, boleh beri nama yang sepadan dengan rupa paras dan bahan adunannya ...... jadi akak gelar apam ni sebagai apam coklat urai. Sedap! Cuma agak manis sikit. Kalau yang tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gula tu .... first time cuba, dah tahu mana yang perlu ditambah dan dikurangkan, yang pasti, akak memang memandai tambah sukatan coklat urai tu, lebih coklat anak-anak lebih gemar memakannya ... Paling bagus, apam ni tak guna kuning telur! Tapi kenalak cari resepi lain yang cuma nak gunakan kuning telur ajer .......
Resepi ni akak jumpa di blog seorang blogger yang nun jauh berada di Kuwait! Kalau nak rayau blog ni, silalah klik pada sumber yang akak 'link'kan .... Selamat mencuba!
BOLKUS DALMATION @ APAM COKLAT URAI
Sumber : Home Maker By Choice
Resepi telah dialih bahasakan ke BM
- 120 gm putih telur (5-6 biji telur gred A)
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 225 gm gula
- 2 sudu kedil ovalette
- 300 gm tepung gandum*
- 1/4 sudu kecil double acting baking powder*
- 200 ml Sprite --- akak guna ice cream soda
- 30 gm coklat urai --- akak tambah sendiri, ikut suka
- Panaskan kukus dengan api yang besar.
- Satukan bahan bertanda * dan ayak. Ketepikan. (Akak terlepas pandang, jadi akak tercampur sekali garam dalam campuran ini ---- tapi jadi jugak!).
- Satukan putih telur dengan garam dan pukul hingga menjadi putih dan pekat. Gunakan kelajuan yang tinggi.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit.
- Masukkan ovalette dan putar hingga sebati.
- Maukkan campuran tepung yang telah diayak berselang seli dengan Sprite. Kacau sebati dengan kelajuan yang perlahan.
- Masukkan coklat urai, kacau rata.
- Sudukan ke dalam bekas paper cup yang dimasukkan dalam acuan supaya bila mengukus bentuk apam kelihatan cantik.
- Kukus selama 15 mint dengan api yang besar. angakt dan sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment