Selamat kembali bertugas selepas 4 hari berehat! Berehat ke??? Rehat dalam ertikata tak masuk ofis, rehat minda! Tapi kat umah, fizikal tak rehat! Ada aje bende yang nak dikemas! Maklumlah, orang bekerja suami isteri, masa cuti macam nilah baru ada masa nak kemas sana sini ... tu pun tak dapat nak settlekan semua bende!
Anyway, dalam kesibukan akak masih berkesempatan untuk mencuba satu resepi dari blog Dayang Jack @ Dapur ku sayang! Dah lama nak cuba buat bread pudding, bila singgah di dapur Dayang ni, teringin pulak nak mencuba. Tapi ada beberapa bahan yang akak tak ada dan akak ubah dengan apa yang ada kat dapur akak! Memang sedap! Kalau bakar garing sikit lagi sedap. Cuma kalau tengok yang akak masak ni nampak macam hangus, tapi sebenarnye bukan hangus ..... bahagian atas tu akak tabur dengan coklat urai. Kalau nak tengok hasil yang betul-betuk cantik, silalh ke blog Dayang .... baru datang selera korang nak cuba! Yang pasti, pudding ni memang sedap dan kemanisannya sedang elok aje .... resepi kat bawah ni akak copy and paste dari blog Dayang, so harap diizinkan ye oleh tuan tanahnye untuk dikongsi bersama rakan yang lain ...... Selamat mencuba!
BUTTER BREAD PUDDING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : 4-5 orang makan
- 8 keping roti
- 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis --- akak guna fruit cocktail
- mentega secukupnya
- peanut butter secukupnya --- akak guna oren marmalade
- chocolate rice / chocolate chips secukupnya
- kismis secukupnya
- sedikit parutan kulit oren sunkist - optional --- akak tak letak pun
Bahan A :
- 2 cawan susu segar/susu cair --- akak guna susu cair
- 1 sudu besar gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
- 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
Cara-cara :
- Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
- Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
- Potong roti kepada 4 bahagian.
- Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
- Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
- Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
- Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
- Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
- Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment